Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SMS BAGI PELAPORAN AWAL PENYAKIT TERNAKAN AYAM / ITIK

21/5/2004

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysiaakan melancarkan system pelaporan awal penyakit ternakan ayam dan itik melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi memantau kejadian penyakit supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil bagi mengawal penyakit dari merebak. Penggunaan sistem ini telah dipersetujui oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysiadan akan melancarkan sistem sebaik sahaja mendapat jumlah nombor telefon bimbit penternak yang mencukupi.

Oleh demikian adalah diharapkan semua penternak ayam dan itik dapat mengambil bahagian serta bekerjasama di dalam sistem pelaporan ini dengan mendaftarkan nombor telefon bimbit tuan punya ladang di samping maklumat berkaitan lain seperti nama tuan punya ladang, alamat rumah, alamat ladang, jenis ternakan (baka, daging, penelur) dan jumlah ternakan didalam ladang kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri di mana ladang itu terletak. Sistem pelaporan melalui SMS ini akan memudahkan sistem pelaporan harian kejadian kematian ternakan ayam dan itik di ladang.

Pihak penternak digalakkan supaya memberikan nombor telefon bimbit mereka supaya dapat didaftarkan di dalam sistem maklumat SMS jabatan. Penternak yang telah berdaftar akan dimaklumkan dengan pesanan berbunyi “Selamat Datang ke Sistem Laporan SMS JPH. Untuk mendaftar sila taip JPH dan hantar ke 39300” dan seterusnya akan dimaklumkan untuk pelaporan harian kematian ternakan melalui SMS telefon bimbit.

Apabila mendapat maklumbalas kematian, Pasukan Bertindak Pantas (Rapid Action Team) di Makmal Veterinar Kawasan akan dihantar untuk mengambil tindakan dan perkhidmatan supaya masalah penyakit diladang dapat diselesaikan.

Pelaporan melalui SMS adalah diharapkan dapat memudahkan sistem pelaporan harian di samping dapat memantau kejadian awal penyakit supaya tindakan awal, cepat dan berkesan dapat 70-244 exam diambil bagi mengawal penyakit dari merebak. Penetrnak yang berminat yang belum berdaftar boleh sentiasa mendaftar melalui lamanweb Jabatan Perkhidmatan Haiwan di http://agrolink.moa.my/jph/epv/hpai.htm.

Kerjasamasemua penternak amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

2004年5月21日

将手机号码登记在短讯系统(SMS)以报上最近肉鸡及鸭的疾病

大马兽医局将实行通过短讯系统(SMS)汇报肉鸡及鸭最近的疾病,以便以最快及有效的方式采取控制疾病传染的行动。此系统已被农业及农基工业部认同,并将农户的手机号码收足后,才开始进行。

希望所有养鸡和鸭的农户参与及配合此汇报系统,以根据农场地址向有关州属兽医局登记农户的手机号码及其他资料如农场主人姓名、住址、农场地址、饲养禽畜种类(种,肉,蛋)及饲养禽畜数量。此通过短讯(SMS)汇报系统将简化农场每日的鸡鸭死亡率汇报工作。

兽医局鼓励农友注册手机号码至短讯系统(SMS)部门,已注册的农友将会接获此短讯‘欢迎加入兽医局短讯汇报系统(SMS),登记者请键入JPH的字眼然后传送至39300’。有关人士或农户接到这则短讯时请做出回覆以证实有关的登记,往后就可通过短讯系统(SMS)呈报每日禽畜死亡率。

当本局接获鸡鸭死亡汇报时,将委派各区禽畜化验室的迅速行动组成员(RapidAction Team)采取行动及给予服务以便即刻解决该农场的疾病问题。

敬希此短讯系统(SMS)不但可简化每日汇报工作而且还可尽早发现疾病发生以便最快及有效的方式去禁止疾病传播。还没注册者可浏览兽医局网页在http://agrolink.moa.my/jph/epv/hpai.htm

我们非常珍惜及感激您给与的配合。