Dimaklumkan YB DatukSeri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 pada 24 Januari 2019 (Khamis). Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal.
Skim ini akan berkuat kuasa dari 30 Januari hingga 8 Februari 2019. Tempoh kuat kuasa adalah selama 10 hari (6 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan).
Disertakan harga pengeluar maksimum bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 untuk makluman.