Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018

Dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018 pada 5 Februari 2018 (Isnin). Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal.

Skim ini akan berkuat kuasa dari 10 hingga 21 Februari 2018. Tempoh kuat kuasa adalah selama 12 hari (5hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 6hari selepas perayaan).

Sehubungan ini disertakan harga maksimum pengeluar barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018.

Source: KPDNKK Malaysia