News Article January 18, 2017
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2017
Tuan/Puan,
- Saya dengan hormatnya diarahkan merujuk perkara di atas.
- Dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2017 pada 18 Januari 2017 (Rabu) Jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, KPDNKK. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal.
- Skim ini akan berkuat kuasa dari 23 Januari hingga 3 Februari 2017. Tempoh kuat kuasa adalah selama 12 hari (5 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 6 hari selepas perayaan).
- Sehubungan itu, bersama emel ini disertakan senarai 13 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2017 untuk makluman tuan/puan.
- Sila hubungi saya, Puan Nezahwani binti Uthman atau En. Rosmin bin Hj. Tahir di talian 03-8882 6748/6747/6908 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.
Source: KPDNKK