Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2016

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Tuan/Puan,

  1. Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.
  2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina pada 27 Januari 2016 (Rabu) Jam 1.00 petang di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kuala Lumpur. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal.
  3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 3 hingga 14 Februari 2016. Tempoh kuat kuasa adalah selama 12 hari (5 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 6 hari selepas perayaan).
  4. Sehubungan dengan itu, bersama emel ini disertakan senarai 13 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong, harga maksimum runcit barangan harga terkawal dan kewajipan peniaga mematuhi perintah bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2016 untuk maklumanYBhg. Dato’/Tuan/Puan
  5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
  6. Sila hubungi saya, Encik Azhar Bin Mohamad, Puan Azizah binti Fauzi atau Puan Sharifah Fadzlinda Binti Syed Mahmood di talian 03-8882 6747/6326/6746/6748 untuk sebarang maklum balas.