Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015

Tuan/Puan,

  1. Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.
  2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Sri Hasan bin Malek, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015 pada 9 Februari 2015 (Isnin) Jam 10.30 pagi di NSK Trade City Kuchai, Kuala Lumpur. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal .
  3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 14 hingga 25 Februari 2015. Tempoh kuat kuasa adalah selama 12 hari (5 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 6 hari selepas perayaan) .
  4. Sehubungan dengan itu, bersama emel ini disertakan senarai 13 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015 untuk makluman tuan/puan.
  5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
  6. Sila hubungi saya, Puan Nezahwani binti Uthman, Puan Azizah binti Mohd Fauzi atau Puan Sharifah Fadzlinda binti Syed Mahmood di talian 03-8882 6113/6746/6748 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Source: KPDNKK Putrajaya