Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2016

Tuan/Puan,

  1. Saya dengan hormatnya diarahkan merujuk perkara di atas.
  2. Dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah menguumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2016 pada 14 Disember 2016 (Rabu) Jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, KPDNKK. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal.
  3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 19 hingga 28 Disember 2016. Tempoh kuat kuasa adalah selama 10 hari (6 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan)Kawalan harga bagi Babi Hidup, Daging Babi (Perut) dan Daging Babi (Daging dan Lemak) hanya dikawal di Sabah, Sarawak dan WP Labuan sahaja)
  4. Sehubungan itu, bersama emel ini disertakan senarai 18 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2016 untuk makluman tuan/puan.
  5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
  6. Sila hubungi saya, Puan Nezahwani binti Uthman atau En. Rosmin bin Hj. Tahir di talian 03-8882 6748/6747/6908 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Source: KPDNKK