Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018

Dimaklumkan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 pada 6 Jun 2018 (Rabu). Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 22 jenis barangan harga terkawal.

Skim ini akan berkuat kuasa dari 8 hingga 22 Jun 2018. Tempoh kuat kuasa adalah selama 15 hari (7 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 7 hari selepas perayaan).

Sehubungan itu, disertakan harga maksimum pengeluar barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan.

Source: KPDNKK Malaysia