News Article June 14, 2017
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017
Dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 pada 13 Jun 2017 (Selasa) Jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, KPDNKK. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 21 jenis barangan harga terkawal.
3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 17 hingga 30 Jun 2017. Tempoh kuat kuasa adalah selama 14 hari (8 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 5 hari selepas perayaan).
4. Sehubungan itu, bersama emel ini disertakan harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 serta kewajipan peniaga mematuhi perintah SKHMP HRP 2017 untuk makluman tuan/puan.
5. Sila hubungi saya, Tuan Zamri bin Bahawi/Cik Nezahwani binti Uthman di talian 03-8882 6748/6326/6747 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.
Source: KPDNKK Malaysia