Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2016

Tuan/Puan,

  1. Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.
  2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah membuat pengumuman penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2016 pada 11 Jun 2016 (Sabtu) Jam 3.30 petang di TF Value Mart, Sg. Besar, Selangor. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 21 jenis barangan harga terkawal.
  3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 16 Jun hingga 6 Julai 2016. Tempoh kuat kuasa adalah selama 21 hari (20 hari sebelum perayaan dan 1 hari semasa perayaan).
  4. Sehubungan itu, bersama emel ini disertakan senarai 21 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2016 untuk makluman Tuan/Puan. Pihak peniaga adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
  5. Sebarang maklum balas sila hubungi Tuan Zamri Bin Bahawi, Cik Nezahwani bt Uthman atau Cik Sharifah Fadzlinda Binti Syed Mahmood di talian 03-8882 6326/6747/6748 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Source: KPDNKK