Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015

Tuan/Puan,

  1. Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.
  2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Sri Hasan bin Malek, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015 pada 3 Julai 2015 (Jumaat) Jam 11.30 pagi di KPDNKK, Putrajaya. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 21 jenis barangan harga terkawal.
  3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 7 hingga 23 Julai 2015. Tempoh kuat kuasa adalah selama 17 hari (10 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 6 hari selepas perayaan).
  4. Sehubungan dengan itu, bersama emel ini disertakan senarai 21 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015 untuk makluman tuan/puan.
  5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuatkuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
  6. Sila hubungi saya, Encik Zamri bin Bahawi, Puan Nezahwani binti Uthman, atau Puan Sharifah Fadzlinda binti Syed Mahmood di talian 03-8882 6326/6747/6748 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Source: KPDNKK