Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Krismas 2015

Salam sejahtera,

 

Tuan/Puan,

  1. Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.
  2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Krismas 2015 pada 14 Disember 2015 (Isnin) Jam 11.30 pagi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 16 jenis barangan harga terkawal .
  3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 23 hingga 27 Disember 2015. Tempoh kuat kuasa adalah selama 5 hari (2 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan) .
  4. Sehubungan dengan itu, bersama emel ini disertakan senarai 16 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2015 untuk makluman tuan/puan.
  5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
  6. Sila hubungi saya, Puan Nezahwani binti Uthman, atau Puan Sharifah Fadzlinda binti Syed Mahmood di talian 03-8882 6326/6747/6748 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Source: KPDNKK