Dimaklumkan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2020 pada 15 Januari 2020 (Rabu) bertempat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya.
Skim ini akan berkuat kuasa pada 20 Januari 2020 hingga 2 Februari 2020 (14 hari) iaitu 5 hari sebelum, 1 hari semasa dan 8 hari selepas perayaan.
Sehubungan itu, disertakan harga pengeluar maksimum, harga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2020 . Selain itu, para peniaga hendaklah diberi peringatan agar mematuhi segala perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.