Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Krismas 2019

Dimaklumkan YB Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2019 pada 19 Disember 2019 (Khamis) bertempat di Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Skim ini akan berkuat kuasa pada 22 hingga 31 Disember 2019 (10 hari) iaitu 3 hari sebelum, 1 hari semasa dan 6 hari selepas perayaan.

Sehubungan itu, disertakan harga pengeluar maksimum , harga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Krismas 2019untuk makluman para peniaga hendaklah diberi peringatan agar mematuhi segala perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.

Sources: KPDNHEP Malaysia