Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Permohonan Subsidi Ayam Daging dan Telur Ayam Sajian Gred A, B ,C

PERMOHONAN SUBSIDI AYAM DAGING DAN TELUR AYAM SAJIAN GRED A, B, C

Pelanjutan tempoh kawalan harga ayam dan telur dari 5hb Februari 2022 hingga 5hb Jun 2022 bagi memastikan harga barangan seperti ayam dan telur dapat dikawal mengikut Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia.

Dengan keputusan tersebut, pihak kerajaan juga melihat kepada kesulitan di pihak pengusaha industri ayam dan telur ini kerana mereka juga terbeban dengan kenaikan kos pengeluaran.

Oleh itu pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi subsidi kepada pengusaha industri ternakan khususnya penternak bagi menampung kerugian yang ditanggung.

Kerajaan telah menetapkan pemberian subsidi pada kadar RM 0.60 per kilogram ayam dan 5 Sen per biji telur sepanjang tempoh kawalan harga.

Segala maklumat, soalan-soalan dan borang permohonan sila rujuk link berikut.

DVS Link : https://www.dvs.gov.my/index.php/announcements/view/105