Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2014

Tuan/Puan,

  1. Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.
  2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Sri Menteri PDNKK telah membuat pengumuman bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2014 pada 19 Disember 2014 (Jumaat) di Sri Aman Sarawak. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 12 jenis barangan harga terkawal .
  3. Skim ini akan bermula dari 23 hingga 27 Disember 2014. Tempoh kuat kuasa adalah selama 5 hari (2 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan) .
  4. Sehubungan dengan itu, bersama emel ini disertakan senarai 12 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2014 untuk makluman Tuan/Puan. Tuan/Puan juga dimohon mengambil maklum akan ketetapan yang telah dilakukanseperti berikut :
    i. harga maksimum borong dan runcit daging kambing biri-biri import tanpa bertulang (tidak termasuk paha)adalah di Semenanjung sahaja; dan
    ii. Ayam belanda import tidak disenaraikan sebagai barangan harga terkawal.
  5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
  6. Sila hubungi saya, Puan Nezahwani binti Uthman, Puan Azizah binti Mohd Fauzi atau Puan Sharifah Fadzlinda binti Syed Mahmood di talian 03-8882 6113/6746/6748 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.