Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya 2014

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.

2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Sri Menteri PDNKK telah membuat pengumuman bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya 2014 pada 26 Jun 2014 (Khamis) di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal .

3. Skim ini akan bermula dari 20 Julai hingga 5 Ogos 2014. Tempoh kuat kuasa adalah selama 17 hari (8 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 8 hari selepas perayaan) berbanding dengan amalan 15 hari pada sebelum iniPelaksanaan Skim dimulakan dengan lebih awal sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadhan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa 2014.

4. Sehubungan dengan itu, bersama emel ini disertakan senarai 18 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar; harga maksimum borong, harga maksimum runcit barangan harga terkawal dan kewajipan peniaga mematuhi perintah bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2014 untuk makluman tuan/puan. Tuan/puan juga dimohon mengambil maklum akan ketetapan yang telah dilakukanseperti berikut :

i. barangan kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) dan kacang tanah import digugurkan dalam senarai barangan harga terkawal bagi semua kawasan dan daerah di seluruh negara.

ii. penentuan harga maksimum bagi barangan kelapa biji adalah hanya di peringkat borong dan bagi kelapa parut hanya di peringkat runcit sahaja.

iii. Penentuan harga maksimum bagi daging lembu import adalah di Sarawak sahaja.

5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.

6.. Sila hubungi saya, Puan Azizah binti Mohd Fauzi atau Puan Sharifah Fadzlinda binti Syed Mahmood di talian 03-8882 6252/6100 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

SOURCE: KPDNKK