News Article February 5, 2021
Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021 pada 5 Februari 2021 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 10 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Skim ini akan berkuat kuasa pada 8 hingga 16 Februari 2021 (9 hari) iaitu 4 hari sebelum, 1 hari semasa dan 4 hari selepas perayaan.
Disertakan harga pengeluar maksimum, harga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2021 untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan. Selain itu, para peniaga hendaklah diberi peringatan agar mematuhi segala perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
Sila hubungi mana-mana pegawai Unit Kawalan Harga, Putrajaya untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.