News Article December 18, 2020
Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020 pada 18 Disember 2020 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 13, (Menara) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Skim ini akan berkuat kuasa pada 22 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020 (10 hari) iaitu 3 hari sebelum, 1 hari semasa dan 6 hari selepas perayaan.
Disertakan harga pengeluar maksimum, harga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Krismas 2020 untuk makluman. Para peniaga hendaklah diberi peringatan agar mematuhi segala perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
Sila hubungi mana-mana pegawai Unit Kawalan Harga, Putrajaya untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.
Source: Unit Kawalan Harga, Seksyen Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Putrajaya