Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JANGKITAN VIRUS HIGHLY PATHOGENIC AVIAN INFLUENZA (HPAI)

APA ITU VIRUS INFLUENZA?
Virus influenza yang menyerang ternakan ayam adalah sama genus dengan virus influenza yang menyebabkan demam selsema pada manusia. Ia adalah virus RNA keluarga Orthomyxoviridae, genus Influenza. Saiz virions adalah 80 to 120 nm diameter . (Rajah1)

Pada masa ini virus influenza sub-tip H5N1 dan H7N7 adalah dikenalpasti sebagai “Highly Pathogenic Avian Influenza” (HPAI). Virus H5N1 adalah yang menyebabkan wabak di Hong Kong, Korea, China, Taiwan, Vietnam, Thailanddan Indonesia. Manakala virus H7N7 telah menyababkan wabak di Holland.

APAKAH TANDA-TANDA JANGKITAN HPAI?
Ayam yang dijangkiti virus HPAI akan menunjukkan tanda klinikal setelah 2-3 minggu dijangkiti. Tanda utama sebelum ayam tersebut mati ialah:

  • Berair pada hidung dan mata
  • Berak cair
  • Balung dan kaki menjadi amat merah (Rajah 2) kemudian menjadi pucat dan kebiruan
  • Kematian yang tinggi mencapai 70-100 peratus
  • Bagi ayam penelur, pengeluaran merosot dan terus berhenti

BAGAIMANA VIRUS HPAI TERSEBAR?
Virus HPAI hadir di dalam cecair dari mata, hidung, dan mulut (selesma) dan juga najis ayam yang terjangkit. Virus ini hidup di persekitaran kadang mencapai masa hingga sebulan. Ayam yang lain akan terjangkit menerusi makanan dan air minum tercemar, pernafasan dan melalui mata. Jadi ia boleh menjangkiti secara lansung (cantact) atau tidak lansung (formites). Jangkitan tidak lansung boleh menyebabkan wabak merebak dari satu ladang ke ladang yang lain.

APAKAH PERANAN BURUNG HIJRAH DAN UNGGAS AIR?
Burung hijrah (migratory birds) dan unggas air adalah perumah “reservoir” yang tidak menunjukkan tanda klinikal. Burung ini berhijrah dari kutub utara ke Australia dan singgah di beberapa tempat termasuk Malaysia. Jika terdapat jangkitan di tempat asalnya dan persinggahannya, burung ini akan turut membawa virus tersebut. Virus ini akan mencemari air dan sekitaran “bird sanctuary”. Jika terdapat ladang sekitaran “bird sanctuary” ini jangkitan boleh berlaku. Unggas air tempatan jika turut mengunjungi “bird sanctuary” boleh dijangkiti dan menjadi pembawa.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA MENGESYAKI AYAM-AYAM DI LADANG DIJANGKITI HPAI?
Apabila anda mengesyaki ayam-ayam di ladang ada dijangkiti HPAI (kematian lebih 3% dengan tanda-tanda klinikal dinyatkan) anda perlu mengambil tindakan SEGERA:

  • Henti pergerakan serta-merta — tutup ladang, pastikan tiada ayam dibawa keluar dari ladang, tiada kenderaan keluar masuk, kawal pekerja keluar masuk ladang, pekerja yang perlu sahaja dibenarkan bertugas dan pastikan mereka memakai pakaian keselamatan
  • Tingkatkan biosekuriti di pintu masuk ladang
  • Hubungi Bilik Gerakan HPAI Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
  • Kemaskini maklumat ladang

PENGESAHAN JANGKITAN HPAI
Pengesahan jangkitan di buat di Institut Penyelidikan Haiwan, Ipoh. Sampel-sampel akan dikumpul dan disuntik kedalam telur berembrio. Cecair alantoik akan diambil dan dikenakan ujian HI dan HA. Ujian pengesahan yang lebih pantas menggunakan teknik PCR (polymerase chain reaction) juga dijalankan.

KERJASAMA BERBAGAI PIHAK DAPAT MEMBANTU MENGAWAL REBAKAN JANGKITAN HPAI
Rebakan jangkitan HPAI ini akan dapat dikawal dengan mengambil tindakan SEGERA:

  • PENTERNAK memberitahu Jabatan bila mengesyaki berlaku wabak diladang AN menjalankan penyiasatan dan membuat pengesahan
  • PENTERNAK, JABATAN DAN PIHAK INDUSTRI memberikan kerjasama bila pemusnahan terpaksa dijalankan
  • PERSATUAN PENTERNAK mempastikan ahli-ahli mematuhi arahan yang di keluarkan Jabatan bagi mengawal dan membasmi penyakit

ADAKAH MANUSIA BOLEH DI JANGKITI HPAI (ZOONOTIK)?
Kedua-dua subptip virus HPAI H5N1 dan H7N7 boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan kematian terutamanya kanak-kanak. Pastikan pekerja ladang memakai pakaian pelindung keselamatan yang sesuai terutamanya “mask”.