Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Food Premise Registration

Asian Livestock Industry Awards
Source: http://www.livestockasia.com/awards.html

FAQ: PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN

WEDNESDAY, 19 JUNE 2013 00:00

1. Kenapa saya perlu mendaftarkan premis makanan?
Semua premis makanan perlu didaftarkan agar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau penbungkusan semula apa-apa makanan itu dapat dijalankan seperti dinyatakan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

2. Saya memasak dan menyediakan makanan di rumah sendiri untuk rumah kebajikan dan tidak mengenakan sebarang bayaran. Adakah saya wajib juga untuk berdaftar?
Hanya premis makanan yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan untuk tujuan jualan sahaja diwajibkan untuk didaftarkan.

3. Saya menyediakan juadah makanan / kuih-muih untuk dijual di pasar / gerai. Adakah saya diwajibkan berdaftar dengan KKM walaupun saya tidak mempunyai Syarikat?
Anda wajib mendaftarkan premis dengan KKM selaras dengan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

4. Apakah kategori premis yang perlu berdaftar mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009

  • semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
  • semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan secara besar-besaran
  • semua premis yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan untuk dijual
  • semua kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.

5. Saya menjalankan perniagaan katering di rumah. Maka wajibkah saya untuk mendaftar dengan Kementerian Kesihatan?
Anda wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan perniagaan katering termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.

6. Kilang kami menjalankan pembungkusan semula makanan dan tidak memproses makanan. Adakah keperluan pendaftaran itu perlu juga untuk premis seperti kami?
Anda perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan pembungkusan semula makanan termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan seperti dinyatakan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

7. Kami menyediakan perkhidmatan gudang makanan dan tidak menjalankan apa-apa aktiviti pemprosesan makanan. Mengikut Peraturan terbabit, adakah premis gudang kami dikehendaki berdaftar?
Anda tidak perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan tetapi perlu mematuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

8. Saya menjual nasi lemak dan rojak dengan menggunakan kenderaan lori yang diubahsuai. Di bawah kategori manakah saya perlu berdaftar? 
Anda perlu mendaftar premis dalam kategori kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.

9. Syarikat saya hanya menjalankan perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan. Adakah saya perlu mendaftarkan Syarikat tersebut?
Anda tidak perlu mendaftar syarikat perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan.

10. Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang itu gagal untuk mendaftarkan premisnya?
Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk mendaftarkan premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.

11. Berapakah yuran atau fi pendaftaran premis yang perlu dibayar?
Tiada yuran atau fi yang dikenakan bagi tujuan pendaftaran premis makanan.

12. Berapa lamakah tempoh pendaftaran sah dan adakah perlu diperbaharui?
Tempoh sah bagi sesuatu pendaftaran premis ialah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Apabila tamat tempoh, pendaftaran premis perlu diperbaharui bagi membolehkan aktiviti penjualan makanan dijalankan.

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk memperbaharui pendaftaran premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.

13. Bagaimanakah cara untuk mendaftar?
Pemilik perniagaan atau wakil boleh mendaftarkan premis makanan melalui salah satu cara tersebut:

14. Jika perniagaan saya mempunyai lebih dari satu cawangan, adakah saya perlu mendaftarkan setiap cawangan walaupun di bawah satu Syarikat?
Anda perlu mendaftarkan setiap cawangan walaupun di bawah satu syarikat Keperluan ini selaras dengan peruntukan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

15. Saya mendapat kontrak pembekalan makanan untuk sekolah berasrama dan juga beberapa kantin sekolah. Berdasarkan Peraturan tersebut adakah saya wajib untuk mendaftarkan premis di mana saya membekalkan / menyediakan makanan tersebut atau ianya tanggungjawab pihak sekolah terbabit?
Anda atau pihak sekolah atau wakil hendaklah mendaftarkan semua premis makanan yang terlibat dalam aktiviti penyediaan dan penjualan makanan.

16. Saya menjalankan perniagaan makanan membuat kuih dan kek secara kecil-kecilan di rumah ( home made bussiness ). Adakah saya perlu membuat pendaftaran premis?
Anda perlu membuat pendaftaran premis dengan Kementerian Kesihatan di bawah kategori premis yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan untuk dijual.

17. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan kesulitan semasa mendaftarkan premis dengan menggunakan sistem aplikasi FoSIM, bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak pentadbir sistem ini?
Pengguna sistem aplikasi FoSIM boleh menghantar email ke alamat domestichelpdesk@moh.gov.my sekiranya ada sebarang pertanyaan atau mengalami kesulitan untuk mendaftarkan premis makanan menggunakan sistem aplikasi ini.