Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021

Dimaklumkan YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 pada 19 April 2021 (Isnin) bertempat di Perkarangan Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 10 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Skim ini akan berkuat kuasa pada 21 April hingga 20 Mei 2021 (30 hari) iaitu 22 hari sebelum, 1 hari semasa dan 7 hari selepas perayaan.

Disertakan harga pengeluar maksimum, harga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 untuk makluman.
Para peniaga hendaklah diberi peringatan agar mematuhi segala perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
Sila hubungi mana-mana pegawai Unit Kawalan Harga, Putrajaya untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.
Sources: KPDNHEP