Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2020.

Dimaklumkan YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah bersetuju dengan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2020.

3. Skim ini akan berkuat kuasa :

SHMMP Hari Raya Puasa – 20 Mei hingga 3 Jun 2020 (4 hari sebelum, pada hari perayaan dan 10 hari selepas hari perayaan)

SHMMP Pesta Kaamatan (Sabah dan Labuan Sahaja) – 28 Mei hingga 3 Jun 2020 (2 hari sebelum, pada hari perayaan dan 4 hari selepas perayaan)

SHMMP Hari Gawai (Sarawak Sahaja) – 28 Mei hingga 3 Jun 2020 (4 hari sebelum, pada hari perayaan dan 2 hari selepas perayaan)

Sehubungan itu, disertakan harga pengeluar maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2020

Source: KPDNHEP Malaysia