Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019

Dimaklumkan YB DatukSeri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019 pada 16 Oktober 2019 (Rabu) bertempat di Kuantan City Mall, Ruang Legar Aras G, Kuantan Pahang.

Skim ini akanberkuat kuasa pada 20 Oktober 2019 hingga 2 November 2019 (14 hari) iaitu 7 hari sebelum, 1 hari semasa dan 6 hari selepas perayaan.

Sehubungan itu, disertakan harga pengeluar maksimumharga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Deepavali 2019 untuk makluman. Selain itu, para peniaga hendaklah diberi peringatan agar mematuhi segala perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.

Sources: KPDNHEP Malaysia