Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018

Dimaklumkan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 pada 23 Oktober 2018 (Selasa). Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 16 jenis barangan harga terkawal.

Skim ini akan berkuat kuasa dari 3 hingga 9 November 2018. Tempoh kuat kuasa adalah selama 7 hari (3 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan).

Sehubungan itu, disertakan harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 untuk makluman.
Sources: KPDNKK Malaysia