Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017

Dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas2017 pada 13 Disember2017 (Rabu) jam 1.30 petang di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, KPDNKK. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 16 jenis barangan harga terkawal.

Skim ini akan berkuat kuasa dari 23 hingga 27 Disember 2017. Tempoh kuat kuasa adalah selama 5 hari (2hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 2hari selepas perayaan).

Sehubungan itu, disertakan harga maksimum pengeluar barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas2017

Source: KPDNKK Malaysia