Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017

Dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017 pada 5 Oktober 2017 (Khamis) Jam 2.30 petang di AEON Big Klang, Jalan Kapar, Klang. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 16 jenis barangan harga terkawal.

3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 13 hingga 22 Oktober 2017. Tempoh kuat kuasa adalah selama 10 hari (5 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 4 hari selepas perayaan).

Sehubungan itu, bersama disertakan harga maksimum pengeluar barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017

4. Sila hubungi Tuan Zamri bin Bahawi/Cik Nezahwani binti Uthman di talian 03-8882 6326/6747 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Source: KPDNKK Malaysia