News Article May 22, 2017
Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017
Tuan/Puan,
Saya dengan hormatnya diarahkan merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 pada 19 Mei 2017 (Jumaat) Jam 2.30 petang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 10 jenis barangan harga terkawal.
3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 22 Mei hingga 31 Mei 2017. Tempoh kuat kuasa adalah selama 10 hari (5 hari sebelum ramadan dan 5 hari semasa ramadan).
4. Sehubungan itu, bersama emel ini disertakan senarai 10 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 untuk makluman tuan/puan.
5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
6. Sila hubungi saya, Tuan Zamri bin Bahawi/Cik Nezahwani binti Uthman di talian 03-8882 6748/6326/6747 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.
Source: KPDNKK Malaysia