Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016

Tuan/Puan,

  1. Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.
  2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 pada 14 Oktober 2016 (Jumaat) Jam 2.30 petang di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal.
  3. Skim ini akan berkuat uasa dari 19 Oktober hingga 1 November 2016. Tempoh kuat kuasa adalah selama 14 hari (10 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan).
  4. Sehubungan itu, bersama emel ini disertakan senarai 18 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 untuk makluman tuan/puan.
  5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.

    Sila hubungi saya atau Puan Nezahwani binti Uthman / Puan Azizah binti Mohd Fauzi di talian 03-8882 6748/6113/6746 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Source: KPDNKK