Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2015

Tuan/Puan,

  1. Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.
  2. Sukacita dimaklumkan YB Dato’ Hamzah bin Zainudin, Menteri PDNKK, telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2015 pada 30 Oktober 2015 (Jumaat) Jam 3.00 petang di Menara Bank Rakyat,Kuala Lumpur. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal .
  3. Skim ini akan berkuat kuasa dari 5 hingga 14 November 2015. Tempoh kuat kuasa adalah selama 10 hari (5 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 4 hari selepas perayaan) .
  4. Sehubungan dengan itu, bersama emel ini disertakan senarai 18 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2015 untuk makluman tuan/puan.
  5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.
  6. Sila hubungi saya, , Puan Nezahwani binti Uthman, atau Puan Azizah binti Fauzi di talian 03-8882 6326/6747/6746 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Source: KPDNKK