Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

BLANK PAGE

Federation of Livestock Farmers' Associations of Malaysia (FLFAM)

« back

News Article

LARANGAN PEMINDAHAN TERNAKAN AYAM, ITIK DAN TELUR KE NEGERI MELAKA DAN JOHOR
Last updated: 23/09/04

ARAHAN DARI IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN, MALAYSIA (20hb September 2004) LARANGAN PEMINDAHAN TERNAKAN AYAM, ITIK DAN TELUR KE NEGERI MELAKA DAN JOHOR Adalah dimaklumkan sebagai langkah tambahan untuk memperketatkan status negeri Johor dan Melaka sebagai kawasan bebas dari penyakit HPAI dan bagi membolehkan eksport ke Singapura di Johor dan Melaka, kemasukan ayam, itik serta produk ke negeri-negeri berkenaan perlu dikawal. Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan larangan pemindahan ternakan unggas seperti ayam/itik/burung dan produk seperti telur dan ayam segar (chilled/frozen) ke negeri Melaka dan Johor akan dikuatkuasakan serta-merta. Walaubagaimanapun pengecualian diberi kepada barangan seperti berikut:- (i) Anak Ayam daripada ladang baka yang telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (yang mempunyai sijil SALT). Buat permulaan dari ladang baka di Negeri Sembilan sahaja. (ii) Daging Ayam Segar (chilled/frozen) daripada loji pemprosesan yang memperolehi logo VHM untuk dihantar ke rangkaian (outlet) tertentu seperti KFC, Mc¡¯Donalds dan lain-lain sepertinya. Semua pemindahan bagi (I) dan (ii) diperlukan permit pemindahan daripada negeri Johor atau Melaka. Buat permulaan kebenaran bertulis juga perlu diperolehi daripada Bahagian Epidemiologi & Perubatan Veterinar, Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan. Sekian sahaja. Terima kasih. Dato¡¯ Dr Hawari Bin Hussein Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan, Malaysia

Evonik. Power to create
BULLETIN BOARD

22 April 22

LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2022

Sebelum perayaan : 30 April, 1 & 2 Mei 2022 Selepas perayaan : 7 & 8 Mei 2022

» View archives