Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

BLANK PAGE

Federation of Livestock Farmers' Associations of Malaysia (FLFAM)

« back

News Article

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2014
Last updated: 05/02/15

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara seperti di atas.

2. Sukacita dimaklumkan YB Dato' Sri Menteri PDNKK telah membuat pengumuman bagi Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2014 pada 13 Oktober 2014 (Isnin) di KPDNKK Putrajaya. Pada pelaksanaan skim kali ini, Kementerian telah menentukan harga maksimum bagi 14 jenis barangan harga terkawal .

3. Skim ini akan bermula dari 18 hingga 27 Oktober 2014. Tempoh kuat kuasa adalah selama 10 hari (4 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 5 hari selepas perayaan) .

4. Sehubungan dengan itu, bersama emel ini disertakan senarai 14 jenis barangan harga terkawal, harga maksimum pengeluar, harga maksimum borong dan harga maksimum runcit barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2014 untuk makluman Tuan/Puan. Tuan/Puan juga dimohon mengambil maklum akan ketetapan yang telah dilakukanseperti berikut :

i. harga maksimum borong dan runcit daging kambing biri-biri import tanpa bertulang (tidak termasuk paha)adalah di Semenanjung sahaja.

5. Adalah diingatkan juga agar pihak peniaga sentiasa mematuhi Perintah yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini.

6. Sila hubungi saya, Puan Nezahwani binti Uthman, Puan Azizah binti Mohd Fauzi atau Puan Sharifah Fadzlinda binti Syed Mahmood di talian 03-8882 6113/6252/6100 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

Downloads:
» Penentuan Harga Maksimum Pengeluar - SKHMP Deepavali 2014.pdf (297k)
» Penentuan Harga Maksimum Borong - SKHMP Deepavali 2014.pdf (510k)
» Penentuan Harga Maksimum Runcit - SKHMP Deepavali 2014.pdf (598k)

Evonik. Power to create