Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

BLANK PAGE

Federation of Livestock Farmers' Associations of Malaysia (FLFAM)

« back

News Article

Langkah-langkah Pencegah Penyakit
Last updated: 25/08/14

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT

Keselamatan Ladang

i. Elakkan pelawat yang tidak berkaitan dari memasuki kawasan ladang.

ii. Tutup rapat sepanjang masa pintu pagar ladang.

iii. Kenderaan tidak berkaitan diletakkan diluar kawasan ladang.

Disinfeksi Dan Biosekuriti

i. Sembur kenderaan dengan ubat pembunuh kuman dengan sempurna sebelum memasuki kawasan ladang.

ii. Sediakan pencelup kaki dipintu masuk setiap reban.

iii. Pastikan boot/kasut dicelup ke dalam pencelup kaki setiap kali sebelum memasuki setiap reban.

iv. Tukar setiap hari air ubat pencelup kaki.

v. Cuci bersih dan sempurna semua peralatan ladang selepas digunakan menggunakan ubat pembunuh kuman.

vi. Simpan peralatan ladang ditempat yang bersih dan tidak tercemar.

vii. Bersih reban dengan sempurna menggunakan ubat pembunuh kuman,

viii. Pakaian bekerja tidak dibawa balik ke rumah.

ix. Tukar pakaian sebelum memasuki kawasan pengeluaran.

x. Tentukan setiap pekerja mandi sebelum balik ke rumah.

xi. Gunakan air dari sumber yang tidak tercemar.

xii. Pastikan takungan air pada penyejuk reban tertutup tidak dicemari oleh burung liar, tikus dan makhluk perosak.

xiii. Pastikan bekalan air ladang dirawat dengan klorin.

xiv. Pasangkan jaring penutup pada penyejuk reban tertutup.

xv. Pastikan stor makanan, kalis burung liar, tikus dan makhluk perosak.

xvi. Pastikan bekalan makanan dan air minum ayam tidak tercemar oleh burung liar, tikus dan makhluk perosak.

xvii. Mengambil langkah mengelakkan burung liar, tikus dan makhluk perosak dari berada dalam kawasan ladang dan reban.

xviii. Mengambil langkah menentukan reban kalis burung, tikus dan makhluk perosak.

xix. Pastikan makanan tumpah diminimumkan.

xx. Gunakan bag plastik atau bekas bertutup untuk membawa ayam mati dari reban ke tempat pelupusan.

xxi. Elakkan dari melawat ladang-ladang unggas lain, kepunyaan lain-lain penternak.

Kebersihan Ladang

i. Pastikan kebersihan kawasan ladang dijaga sempurna.

ii. Pastikan rumput-rumput sekeliling kawasan ladang dan reban dijaga sentiasa pendek.

iii. Bakar sampah-sampah ladang setiap hari.

iv. Sediakan tempat khas jauh dari reban untuk melupus sampah.

v. Lupuskan ayam-ayam yang mati dengan segera dan sempurna didalam kawasan ladang tersebut.

Jangan bawa keluar sebarang ayam/itik yang mati dari ladang atau dibuang merata-rata. Pastikan ayam/itik yang mati ditanam dengan segera didalam kawasan ladang.

vi. Sediakan tempat khas jauh dari reban untuk melupus bangkai.

Kawasan Pekerja dan Peralatan

i. Pergerakan pekerja dan peralatan dihadkan disesebuah reban sahaja.

ii. Kelengkapan bekerja bagi sesebuah reban disediakan secara berasingan.

iii. Elakan pakain bekerja dibawa keluar dari ladang.

iv. Pakaian kerja dicuci setiap hari selepas habis waktu kerja dikawasan khas diluar kawasan pengeluaran.

v. Pastikan pekerja atau pelawat yang perlu berada didalam kawasan ladang memakai penutup mulut dan hidung sepanjang berada dalam kawasan ladang, reban, mengendali ayam atau tahi ayam.

vi. Pastikan pekerja atau pelawat yang perlu berada dalm kawasan ladang memakai sarung tangan apabila mengendalikan ayam atau tinja.

vii. Pastikan semua pekerja dan pelawat mencuci tangan dengan segera selepas selesai mengendali ayam dan tinja.

viii. Tidak boleh makan atau hisap rokok didalam kawasan reban.

ix. Cuci bersih tangan denagn ubat antiseptik sebelum mengambil makanan.

x. Sembur ubat pembunuh kuman keatas pekerja yangberada didalam kawasan ladang sertiap hari.

xi. Elakan kanak-kanak dibawah umur 18 tahun dari berada dalam kawasan ladang.

Kesihatan Ayam

i. Periksa Kesihatan ayam beberapa kali setiap hari

ii. Periksa flok muda dahulu sebelum flok yang lebih tua

iii. Periksa flok yang disyaki berpenyakit atau sakit selepas pemeriksaan lain-lain flok selesai

iv. Maklumkan segera kepada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) atau Perunding Veterinar Swasta yang dilantik jika berlaku kematian ayam yang tinggi diladang.

v. Maklumkan dengan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) atau Perunding Veterinar Swasta yang dilantik jika didapati banyak ayam peliharaan menunjukkan tanda-tanda demam dan masalah pernafasan

vi. Pastikan ayam tiada terdedah kepada keadaan yan menyebabkan ‘stress’ dan kejatuhan tahap immunity

Downloads:
» ¼²²¡·À·¶²½Öè-1.doc (857k)

Evonik. Power to create
BULLETIN BOARD

22 April 22

LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2022

Sebelum perayaan : 30 April, 1 & 2 Mei 2022 Selepas perayaan : 7 & 8 Mei 2022

» View archives